top of page

MACAM MANA NAK JADI KAYA?!

  • Writer: Alif Mustaqim Mahadi
    Alif Mustaqim Mahadi
  • Apr 2, 2018
  • 4 min read

Updated: May 27, 2018

Assalamualaikum, selamat datang ke blog kami. Ini adalah post pertama berdasarkan video pertama kami di Youtube, iaitu, bagimana nak menjadi kaya dan berjaya sejaya-jayanya.


Kekayaan adalah satu keperluan dalam kehidupan kita. Mempunyai pendapatan yang mencukupi adalah satu keperluan untuk mencapai kehidupan yang lebih sempurna. Masalah mengenai duit tidak seharusnya kita tekankan dan tidak seharusnya kita mengalami stress yang teruk dan berpecah belah kerana duit.


Bukanlah saya nak kata semua orang perlu jadi jutawan. Apa yang saya nak cuba sampaikan adalah semua orang perlu ada pendapatan yang cukup sampai level yang mereka tidak terlalu risau akan duit yang tidak mencukupi. Kajian menunjukkan untuk mencapai tahap ini, kita perlu ada income sekurang-kurangnya RM60,000 sebulan. Jadi, bagaimana untuk mencapai matlamat ini? Mari saya kongsikan tips.


#1 Bina Pendapatan Pasif

Mungkin ada yang tertanya apa itu pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan yang kita raih tanpa kita bekerja. Ini adalah rahsia mengapa business owner mampu hidup senang. Sewaktu mereka tidur, makan dan menonton television, duit akan sentiasa masuk kerana mereka sudah membina empayar syarikat mereka yang menjana pendapatan pasif untuk mereka. Untuk membina pendapatan pasif, ianya sangat sukar pada mulanya, memerlukan kerja yang tidak berhenti selama berbulan malah bertahun, tapi ianya sangat bagus untuk jangka panjang. Orang kaya berfikir panjang untuk masa depan mereka.


"Bersusah dahulu, senang kemudian". Pernah dengar kan pepatah ni?

Ada banyak cara untuk jana pendapatan pasif ni. Anda tak perlu menyewa kedai, modal yang besar dan menggunakan tenaga kerja yang banyak. Cukup dengan hanya ada internet dan laptop sahaja. Saya akan listkan semuanya pada blog post yang akan datang. Jadi, stay tuned :)


#2 Simpan & Labur

Fahamkan mengapa ramai berpesan untuk selalu menyimpan. Bukan sahaja untuk duit kecemesan, tapi untuk melabur pada perkara yang akan mendatangkan hasil berlipat ganda. Gunakan sumber-sumber (resource) kita dengan bijak. Lupakan untuk kelihatan 'cool' dengan membeli pelbagai baju bajuan yang anda tidak perlu, dan simpan duit itu untuk dilaburkan pada masa hadapan.


Awas, jangan terlalu banyak menyimpan di dalam bank. Jika anda tidak menggunakan duit di dalam bank pada masa panjang. Cari jalan untuk beranakkan duit tersebut. Inflasi akan memakan duit anda jika anda biarkan di dalam bank.

Apa itu inflasi? Inflasi adalah apabila wang anda berkurang nilainya, dengan kenaikan harga barang. Jika dulu saya boleh beli ais-krim dengan harga 50sen, sekarang harganya RM1. Dengan kata ringkas, duit saya sudah kurang nilainya.


Jika anda laburkan duit anda pada stock market, (kita beli sebahagian dari syarikat orang lain dan dapat potongan dari untung mereka), secara purata duit anda akan mendapat dividen 10% setiap tahun dari syarikat-syarikat yang anda laburkan. Jika anda simpan di dalam bank, bank akan beri anda 0.03% setiap tahun. Inflasi secara purata berlaku secara kadar 0.3%. Jadi, pulangan yang paling banyak adalah dari pelaburan. Bukan hanya stock market anda boleh letakkan duit anda, tapi anda juga boleh letakkanya di properties. Terdapat banyak cara untuk laburkan duit anda. Buat kajian terlebih dahulu untuk mengetahui cara yang mana paling sesuai dengan anda.


#3 Elakkan Dari Berhutang

Hutang, pada pendapat saya adalah raja kepada masalah kewangan. Kalau boleh elakkan berhutang kerana hutang akan melahirkan stress melampau. Jika anda ingin mempunyai modal untuk berniaga, mulakan dengan menyimpan. Jika anda ingin membeli kereta, bayarlah cash.


Namun, hutang juga boleh dijadikan jalan penyelesaian yang bijak.

Contohnya apabila interest dan hutang yang anda bayar ansuran secara bulan itu kurang daripada jumlah pendapatan yang anda raih dari asset yang anda raih melalui hutang tersebut. Contohnya, anda beli rumah mampu milik dan disewakan dengan harga RM1300 sebulan, tapi anda bayar pada bank dengan harga RM500 sebulan. Dari situ anda sudah jana pendapatan pasif RM800 sebulan.


#4 Labur Juga Pada Diri Sendiri

Satu nasihat yang sungguh melekat pada diri saya sepanjang kehidupan saya adalah apabila saya tamat sekolah, saya jumpa rakan perniagaan yang tidak putus putus menghabiskan duitnya ke seminar dan life coach yang memakan sehingga puluhan ribu ringgit. Dalam hati saya sudah fikir dia ni dah tak betul ni. Apabila saya tanya mengapa dia berlakuan begitu, dia kata "bro, investment yang paling bernilai bukan pada stock market yang hot gila atau business idea yang gempak, tapi pada diri sendiri bro" Sejak pada itu, ia telah membuka mata saya..

Investment yang paling bernilai bukan pada stock market yang hot gila atau business idea yang gempak, tapi pada diri sendiri.

Memang benar apa kata beliau. Sejak pada itu, saya terus melakukan perkara yang sama dan alhamdulillah, kehidupan saya berubah 360 darjah. Saya sedar yang duit boleh dicari kembali dengan senangnya jika kita ada ilmu. Jadi, sentiasalah suap minda anda dengan ilmu-ilmu yang bernilai.


#5 Komitmen (Full Commitment)

There's no shortcut. Kejayaan perlukan usaha yang konsistent dan berpanjangan. Jadi, anda perlu beri komitmen yang penuh kepada plan anda. Beritahu semua kenalan anda mengenai plan ini, ia akan membuatkan anda stick pada plan ini dan malu jika anda tidak selesaikannya. Malu adalah motivasi yang kuat. Apabila anda malu, anda akan cari jalan untuk buktikan diri anda lebih baik daripada apa yang orang lain 'perceive' anda.

Kejayaan perlukan usaha yang konsistent dan berpanjangan

Pernah dengar kan orang kata, orang tu "hangat-hangat tahi ayam" je. Jangan biarkan diri kita jatuh dalam kategori ni. Apa yang anda cakap anda nak buat, walaupun pada diri sendiri, laksanakan. Dari situ anda akan respect diri anda dan orang lain akan respect pada anda. Kerana tak ramai orang yang selalu setia pada janji manisnya.


#6 Kaji Kejayaan Orang Lain

Apabila anda melihat orang lain berjaya, jangan rasa kecewa dengan diri sendiri. Perjalanan hidup kita lain dari orang lain. Terdapat banyak faktor. Jadi, jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Sebaliknya, bandingkan diri anda dengan anda yang semalam.

jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Sebaliknya, bandingkan diri anda dengan anda yang semalam.

Kaji apa yang membuatkan rakan anda atau sesiapa pun itu berjaya. Ikut langkah mereka. Jika mereka adalah seorang yang famous, beli buku mereka, baca wikipedia mereka. Cuba ikut gerak langkah mereka. Kejayaan datang dari tabiat yang baik yang kita lakukan. Aristotle, seorang ahlif falsafah Greek pada zaman duhulu berkata, "We are what we repeatedly do, excellence therefore, is not an act but a habit". Jadi, ikut apa yang mereka lakukan setiap hari. Jika mereka kenalan terdekat, jadikan mereka mentor kita. Approach mereka dan minta mereka beri tunjuk ajar, kebanyakan orang yang berjaya tidak lokek ilmu.


Ikuti langkah ini sebagai langkah asas dan saja jamin anda akan berubah menjadi insan yang lebih baik jika anda amalkannya. Ingat, ilmu tidak ada gunanya jika kita tidak berusaha dengan berbekalkan ilmu tersebut. "Knowledge means nothing when you don't take action"

 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Youtube-icon (1)
  • Follow kami untuk motivasi harian!
  • Join private group kami!
  • Follow kami di Twitter!

© 2023 by The Mountain Man. Proudly created with Wix.com

bottom of page