top of page

ANDA SELALU RASA ANDA TAKDE KEBOLEHAN DAN BAKAT?

  • Writer: Alif Mustaqim Mahadi
    Alif Mustaqim Mahadi
  • Apr 19, 2018
  • 1 min read

Assalamualaikum semua.


Apabila kita tengok seseorang itu mempunyai "bakat" yang "luar biasa", kita sering merasa diri kita tak special.


"kenapa aku takde bakat macam tu?"

"boleh la dia tu berjaya, dia natural berkebolehan macam tu"


Mari kita bincangkan perkara ini.


Bakat merupakan satu perkara yang 'over-rated'. Bermakna, kita anggap bakat itulah segala-galanya. Sedarkah kita bahawa mereka yang berjaya di mata anda ini sebenarnya bekerja keras di sebalik tabir untuk mencapai impian mereka?


Kerja keras > Bakat


Contoh saya berikan. Individu A, mempunya bakat bermain bola. Tapi, dia sering merasakan diri dia sudah cukup dan sering skip latihan. Individu B, mempunya minat bermain bola yang tinggi, berimpian untuk menjadi pemain bola terhandal, tapi, sering dikalahkan oleh individu A. Tapi, individu B ini tak putus-putus berlatih dengan kumpulannya dan seorang diri selama bertahun. Dalam masa 5 tahun, korang rasa siapa lagi handal main bola?


Bakat yang tidak dilatih akan dicantas oleh seseorang yang bekerja keras

Setiap orang ada kebolehannya tersendiri. Namun, ramai yang tidak ingin keluar dari comfort zone mereka dan cari kebolehan ini. Kita kena cuba segala benda yang kita minat. Belum cuba, belum tahu. Kita tak mungkin tahu kita handal bermain bola secara semulajadi jika kita tak pernah main bola kan? So, buang rasa takut anda. Jika anda teringin nak jadi public speaker, masuk lah kelab public speaking secepat mungkin. Saya faham rasa tak selesa dan takut dan gemuruh tu. Tapi, siapa je yang berjaya didunia ini yang tidak melawan rasa tu?


Harap korang hadam benda ni betul-betul dan renungkan kembali.


Adakah kita sudah cuba sehabis baik untuk mengenali kekuatan diri sendiri atau adakah kita masih dibawah tempurung yang sering cemburu dan bencikan kejayaan orang lain?

 
 
 

Comments


Join our mailing list

  • Youtube-icon (1)
  • Follow kami untuk motivasi harian!
  • Join private group kami!
  • Follow kami di Twitter!

© 2023 by The Mountain Man. Proudly created with Wix.com

bottom of page