3 CARA UNTUK MENGATASI RASA MALAS
- Alif Mustaqim Mahadi
- Apr 4, 2018
- 4 min read
Updated: May 27, 2018

Adakah situasi ini berasa familiar? “Esok aku akan bangun awal dan pergi jogging, dah makin gemuk ni” Lepastu esok bangun lambat dan tak jogging. “Haa to-do-list untuk hari ni dah siap” Lepastu dalam 10 list tu hanya buat 2 je. “Assignment/kerja ni deadline lagi 3 minggu, takpe 3 hari je boleh siapkan, ada 2 minggu lebih untuk enjoy!”
Anda bukanlah keseorangan. Kita semua pernah melakukan kesilapan ini berulang kali termasuk saya. Kita adalah spesies mamalia. Mamalia secara semulajadi mempunyai sikap malas, jadi jangan terlalu menghukum diri anda jika anda sering berasa malas.
Mamalia secara semulajadi mempunyai sikap malas. Fahamkan sifat semulajadi ini terlebih dahulu.

Kita hidup di zaman yang penuh dengan gangguan, bertujuan untuk menarik perhatian kita semua. Contoh yang paling ketara adalah smartphone yang kita miliki. Tahap tumpuan kita menjadi currency kepada mereka. Syarikat social media seperti Facebook, Instagram dan Twitter telah memastiri teknik2 untuk menarik perhatian kita dengan memberikan kandungan2 yang sungguh menarik kepada kita pada setiap masa secara percuma.
#1 Buat Pilihan Yang Lebih Bijak
Kita diberi berjuta pilihan setiap hari. Pilihan untuk berada di luar zon selesa dengan berusaha mengejar impian kita dengan melakukan aktiviti yang perlu dilakukan, atau, stay dalam zon selesa dengan melayari media entertainment ini.

Kemalasan bukanlah satu penyakit, tetapi ia adalah alasan. Alasan yang kita berikan pada diri kita setiap hari. Kita sering menipu diri sendiri dengan mengatakan, “alaa satu video je”, namun menghabiskan masa dengan menonton video selama 2-3 jam.
Kemalasan adalah satu pilihan yang kita pilih mengatasi pilihan yang lain.
Realitinya, kita ingin berjaya. Tapi, kita taknak bekerja untuk jadi orang yang berjaya dan disegani. Kalau ada anjing yang kejar anda sekarang, malas atau tidak, anda tetap akan lari sehabis tenaga.
Kenapa? Sebab kemalasan, pada situasi tersebut, bukanlah satu pilihan.
Jika saya cakap dekat anda sekarang, esok jumpa di KLIA tepat pukul 5 pagi, saya akan bagi 5 Juta Ringgit, anda akan tak tidur malam dan tunggu di KLIA dari pukul 4 lagi. Kemalasan, sekali lagi, hilang berdesup.
Apabila deadline dah nak dekat, kita tiada pilihan kerana kita panic dan takut kita akan kehilangan kerja atau fail assignment. Apabila kita diberi pilihan untuk bersenang-lenang, kemalasan menjadi satu perkara yang convenient, jadi kita pilih jalan yang mudah.
Mulai sekarang, bayangkan macam mana kehidupan anda 2 tahun akan datang jika anda terus mengamalkan sikap malas ini. Ia akan membantu anda membuat pilihan yang betul.
Saya bukan beritahu untuk tidak lagi enjoy dengan smartphone anda, entertainment adalah perlu untuk refreshment, tapi jadilah pengguna yang lebih bijak. Smartphone boleh menjadi 'resource' yang sangat berguna kepada kita semua. Jangan salahgunakan ia.
Jika anda ingin hidup dengan sentiasa cemburu dengan kejayaan orang lain, teruskanlah suap minda anda dengan perkara yang sia-sia, tiada siapa akan menghalang anda. Tapi jika anda ingin jadi seorang yang berguna pada masyarakat, keluarlah dari zon selesa anda dan buat aktiviti yang penting dahulu.
Jadikan smartphone anda sebagai reward, bukan sebagai cara untuk anda melepaskan diri dari reality dan tanggungjawab.
Prioritize kan segalanya. Gunakan hanya 10% dari masa kita seharian untuk berhibur. Jadikan smartphone anda sebagai reward, bukan sebagai cara untuk anda melepaskan diri dari reality dan tanggungjawab. Perasaan apabila kita dapat melaksanakan tugasan harian yang kita berikan pada diri sendiri untuk mencapai impian kita adalah jauh lebih bermakna dari gelak ketawa yang akan hilang sejurus kita habis berhibur.
#2 Bina Momentum
Pernah tak anda berada dalam situasi ni? Kita ada banyak sangat kerja nak buat dalam seharian tu, dan anda mula rasa serabut. Lepastu, semua anda abaikan dan anda terus tidur. Familiar?
Productiveness most of time came from momentum. Apabila anda bangun dari tidur, jangan terus buka phone anda walaupun ia sangatlah meggodakan. Sebaliknya, kemas katil anda dan terus mandi. Apabila anda sudah menyelesaikan satu tugas, walaupun ia kecil, ia akan membuatkan anda menyelesaikan tugas tugas seterusnya. Ini dipanggil momentum.

Apabila anda bangun dari tidur, jangan terus buka phone anda walaupun ia sangatlah meggodakan
Jika anda rasa malas sepanjang hari dan tidak rasa macam nak siapkan kerja anda dan susah untuk melawan perasaan ini. Cuba applykan tips ini. Ianya lebih dikenali sebagai 'snowball effect'.
Benda yang paling mudah anda boleh lakukan adalah, start saja. Start somewhere. Jangan tengok tugasan kita yang menggunung itu, sebaliknya, lihat tugasan itu pada skala yang kecil. Ianya akan membuatkan anda terasa kurang beban.
#3 Berhenti tangguh-tangguhkan kerja (Procrastionation)

Kita semua tangguhkan kerja kita, tak kira anda jutawan ataupun papa kedana. Tapi, janganlah buat pada kadar yang merisaukan. Kalau boleh, buang terus tabiat ini. Latih diri kita untuk tidak menangguhkan kerja, nescaya hidup anda akan berubah. Orang sekeliling juga akan mulai memandang serius pada anda.
Latih diri kita untuk tidak menangguhkan kerja, nescaya hidup anda akan berubah
Apabila anda ada deadline assignment, jangan tunggu sehingga last minute. Bukan siapkan semua terus dalam satu hari, tapi buat dalam secara kadar. Anda lagi berfungsi dengan baik kalau buat last minute? Berhenti menipu diri sendiri. Tiada seorang pun akan berfungsi dengan baik jika mereka panic. Kita harus tenang untuk berfikiran sempurna.
Suka menangguh kerja juga adalah satu 'habit'. Sepertimana yang kita tau, habit adalah perbuatan yang secarada tidak sedar kita lakukan. Jadi, jika anda selalu menangguhkan kerja, anda akan melatih diri anda untuk selalu bertidak begitu sehinnga secara tidak sedar, ada sering melakukannya. Namun, apabila anda melatih diri untuk melawannya, dalam 30 hari anda akan melawannya secara tidak sedar.

Bonus:
Jangan compare diri anda dengan orang lain. Kita berfungsi pada kadar yang berbeza. Sebaliknya, bandingkan diri anda dengan anda yang semalam. Adakah anda lebih productive pada hari ini? Adakah apa yang anda lakukan sekarang menyumbang pada diri anda pada masa hadapan? Seringlah bertanya soalan ini pada diri sendiri setiap hari. Ia akan mengembalikan anda pada jalan yang sepatutnya.
Saya harap anda yang membaca dapat belajar sesuatu yang baru. Jika anda suka pada blog saya, tekan butang subscribe pada bahagian bawah sekali untuk dapatkan update blog blog terbaru dan share blog post ini. Semoga kita bersembang lagi :)
Comments