CARA UNTUK MENJADI LEBIH PRODUCTIVE DAN EFFECTIVE
- Alif Mustaqim Mahadi
- Apr 14, 2018
- 2 min read
Updated: May 27, 2018

Assalamualaikum semua.
Satu tabiat yang sangat consistent dengan orang2 yang kaya dan berjaya adalah mereka mempunyai level of productivity yang sangat tinggi. Kita semua diberikan masa 24 jam, tapi mereka boleh menghasilkan lebih banyak hasil dari kebanyakan orang.
Jika anda ingin berjaya dalam hidup, productivity adalah satu skill yang perlu diterapkan pada diri anda. Persoalannya, mengapa ada hari kita productive dan ada hari kita lemau? Mari kita kupaskan.
[intro]
Pertama sekali, kita harus faham productivity ini. Bila kita rasa diri kita productive sepanjang hari, apa yang kita lakukan yang berbeza dari hari sebelumnya? Kita lebih berdisiplin. Kita juga tidak menangguhkan kerja. Kita tidak lali dengan hiburan di social media. Kita focus dengan tugasan harian.
Dengan kata lain, untuk mencegahnya, kita harus membentuk self-discipline yang kuat. Disiplin adalah habit, iaitu tabiat, bermakna, kita boleh tanam sifat ini pada diri kita. Pada mulanya memang sukar, tapi bila kita buat dengan consistent, dalam masa lebih kurang 60 hari, anda akan secara tak sedar akan jalani kehidupan seharian yang effective. Orang akan lebih hormat kita, boss akan suka pada kita. Kita akan lebih senang financially. Kita dan orang sekeliling kita akan hormat dan sayang pada diri sendiri.
Cara lain untuk jadi lebih productive adalah dengan menjadi lebih organize. Bina jadual anda dan stick pada aktiviti dalam jadual anda. Buat To-Do List. Jadikan routine itu bermanfaat dalam hidup korang. Setiap orang berbeza aktiviti bergantung pada target masing-masing. Listkan senarai apa yang anda PERLU lakukan, dan pastikan anda lakukan semuanya. Ingat, jangan tidur kerana anda penat, tidur setelah anda siapkan semua tugasan.
Satu kesilapan yang sering dilakukan bila seseorang itu mengisi jadualnya adalah, mereka meletak terlampau banyak aktiviti. Letak maximum 5 aktiviti sahaja yang kita perlu lakukan. Learn to say No pada perkara yang tidak membuatkan anda excited. Jika anda tiada idea, pastikan aktiviti tersebut akan menyumbang pada kesihatan fizikal, seperti bersenam, mental, seperti membaca buku dan aktiviti yang related dengan financial anda.
Hari-hari yang membuatkan anda tidak productive adalah disebabkan anda sering menangguhkan kerja dan lebihkan berhibur. Kita harus berfikir dari perspective producer, bukan consumer. Jika task yang anda perlu lakukan itu anda rasa sangatlah susah dan overwhelming, pastikan ada break-down kepada skala yang lebih kecil. Saya ada kupaskan mengenai topik kemalasan ini pada video sebelum ini. Saya akan listkan-nya di dalam description dibawah. Jika anda ada masalah menangani kemalasan, saya highly recommend anda menontonnya.
Cuba terapkan apa yang saya kupaskan dalam hidup anda. Nescaya, ada perubahan baik bakal menanti. Jika anda rasa video ini akan membantu rakan anda, sharelah kepada mereka. Jika anda ada tips lain yang anda amalkan, sila comment dibawah dan mari kita bertukar pandangan.
Assalamualaikum!
댓글